Friday 7 September 2012

MPASC Upcoming Events :: 4000 Tiket Kemasukan Percuma Sempena Ulangtahun ke-3 Melaka Planetarium Adventure Science Centre !!



Bersempenaan dengan ulangtahun Melaka Planetarium Adventure Science Centre yang ke-3, pihak pengurusan MPASC menawarkan 4000 tiket kemasukan PERCUMA untuk rombongan pelajar - pelajar sekolah rendah & menengah di dalam negeri MELAKA sepanjang bulan September 2012.


Tiket percuma tersebut merangkumi lawatan pameran MPASC dan juga tayangan 3D bertajuk Cosmic Safari.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa syarat - syarat yang dikenakan untuk mendapatkan tiket kemasukan PERCUMA tersebut. Berikut adalah syarat - syarat yang WAJIB dipatuhi :
  • Bilangan pelajar didalam rombongan mestilah TIDAK KURANG dari 40 PELAJAR (2 Guru pengiring dibenarkan bagi setiap 40 pelajar)
  • Senarai nama pelajar yang akan mengikuti rombongan / lawatan hendaklah diserahkan lengkap beserta nama dan no MyKad / MyKid SEKURANG - KURANGNYA 2 hari sebelum tarikh lawatan kepada pihak pengurusan MPASC.
  • Hanya 4000 tiket percuma yang ditawarkan sepanjang Bulan September, tertakluk kepada 'Siapa Cepat, Dia Dapat' (First Come, First Serve basis

Sebarang pertanyaan atau pendaftaran, boleh diajukan kepada Cik Bavani Sri (Technical & Operation Executive) atau Mr Armando Pashollari (Business Development Executive) di talian 06-232 2424 atau 06-232 2122.



*****************************
Pihak Pengurusan
Melaka Planetarium Adventure Science Centre






0 comments:

Post a Comment