Monday 17 September 2012

MPASC Upcoming Events :: Melaka Space Fair 2012




Selepas penganjuran Melaka Space Fair 2010 julung kalinya pada 22 November - 29 November 2010, MPASC sekali lagi bakal menganjurkan Melaka Space Fair 2012 pada 05 November - 11 November 2012 ini.



















Melaka Space Fair 2012 pada kali ini bakal menampilkan lebih banyak pameran - pameran mengenai perkembangan sains angkasa lepas, penerokaan Planet Marikh serta teknologi - teknologi yang digunapakai oleh saintis untuk menjalankan sesuatu misi berkaitan angkasa lepas.

Seperti pada tahun 2010, tahun ini juga MPASC akan menerbangkan 12 Saintis, Jurutera, serta pegawai - pegawai dari National Aeronautics and Space Administration (NASA) dari United States terus ke Melaka bagi menjayakan Melaka Space Fair 2012.

Perancangan yang rapi sedang dilakukan oleh pihak jawatankuasa MPASC bagi menjamin kelancaran Melaka Space Fair 2012 yang akan berlangsung selama 1 minggu pada penghujung tahun nanti.

Pelbagai aktiviti - aktiviti yang menarik sedang dirancang serta diperhalusi bagi memberi impak yang kuat buat para pengunjung nanti.

Nantikan 'updates' terbaru kami dalam blog yang akan datang mengenai aktiviti - aktiviti yang akan dijalankan sepanjang Melaka Space Fair 2012...

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh diajukan kepada Cik Bavani Sri (Technical & Operation Executive) di talian 06-232 2424 atau 06-232 2122.




*****************************
Pihak Pengurusan
Melaka Planetarium Adventure Science Centre


0 comments:

Post a Comment